Wednesday, 03 Dhu al-Hijjah 1439

Montaj Pelancaran Tabung Dana Pembinaan Masjid

Special Event

Dana Pembinaan Masjid UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi

Expected Total: RM 6, 000, 000. 00 

Previous Accumulated Total: RM 150,183.40

Current Accumulated Total: RM 151,013.40

 

Program Diploma Teknologi Industri Higien dan Keselamatan merupakan program akademik baharu di bawah Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Terengganu. Program ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi (JKPT) pada 18 Oktober 2016 dan kelulusan pihak MQA pada 13 Ogos 2013. Program ini akan membuat penawaran pertama pada sesi September 2018 – Januari 2019 di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

  

Latar Belakang Program

Nama program: Diploma Teknologi Industri Higien dan Keselamatan

Kod Program: AS121

Kod UPU: E2804

 

Program Diploma Teknologi Industri Higien & Keselamatan merupakan program diploma sepenuh masa yang berdurasi selama 2 ½ tahun di mana pelajar akan menjalani latihan praktikal pada akhir semester pengajian khusus dalam bidang teknologi industri higien dan keselamatan.

 

Program ini diwujudkan berdasarkan justifikasi seperti berikut:

  • Berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP, 2015), hanya 154 juruteknik higien. Keperluan negara untuk pekerjaan berkemahiran tinggi mencapai 35% pada tahun 2020.
  • Pendidikan keselamatan dan kesihatan penting untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja (Statistik kemalangan di tempat kerja; seramai 62,863 tahun 2015 di mana 34,272 terdiri daripada kemalangan perusahaan manakala 28,591 merupakan kemalangan perjalanan).
  • Strategi 8 RMK-11 iaitu Pasaran Buruh untuk Negara Maju; mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.
  • Peningkatan permintaan latihan NIOSH; kehadiran peserta adalah sebanyak 17.05% pada tahun 2011 meningkat kepada 33.54% pada tahun 2014.
  • Statistik Current Supply pipeline of Graduate from IPTA (ILMIA),
    1. Bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan: peningkatan guna tenaga daripada 21,862 orang pada tahun 2008 kepada 34,713 tahun 2020
    2. Perkhidmatan yang merangkumi keselamatan, pengangkutan dan perlindungan alam sekitar: 2,647 orang (pada tahun 2008) kepada 6,987 orang tenaga kerja pada tahun 2020.
  • Strategi 5 dalam RMK-11 iaitu mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti.

 

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

Program ini mempunyai empat (4) Objektif Pembelajaran Program sebagaimana dinyatakan di bawah.

Selepas tiga hingga lima (3 - 5) tahun tamat pengajian ini, graduan program ini akan menjadi seorang ahli semi profesional higien yang memperlihatkan:

  1. Pemahaman yang baik dan mempunyai pengetahuan saintifik asas yang mendalam yang diperlukan untuk diaplikasi kepada masyarakat, alam sekitar, industri, dan pembelajaran sepanjang hayat.
  2. Nilai etika kerja yang baik dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas sebagai seorang ahli semi professional higien.
  3. Sifat kreatif dan inovatif serta kritikal dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dan dalam komuniti.
  4. Daya kepimpinan yang tinggi dalam menyelesaikan tugas-tugas asas saintifik dan masalah-masalah yang terdapat dalam industri.

 

Peluang Kerjaya

Diploma yang ditawarkan ini akan menghasilkan graduan yang akan bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja, khusus kepada industri seperti industri pembinaan, perlombongan, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain di mana faktor keselamatan dalam pekerjaan amat diberi keutamaan. Antara jawatan yang boleh disandang ialah:

  • Juruteknik higien industri (pemonitoran kimia/pemeriksaan; pengujian/ penilaian peralatan kawalan kejuruteraan; pemonitoran ke atas pendedahan bunyi bising)
  • Penguji gas bertauliah
  • Penaksir kualiti udara dalaman
  • Penolong pegawai keselamatan & kesihatan
  • Konsultan
  • Penyelia keselamatan tapak & kemasukan

 

Syarat Kemasukan:

Dari segi syarat kelayakan untuk memohon program ini, tertakluk kepada syarat khusus dan syarat khas UiTM

  • Syarat Khusus:

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Kimia, Biologi/Fizik, Matematik/Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.

  • Syarat Khas – Lepasan Pra Diploma UiTM:

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM