Perpustakaan Cendekiawan UiTM (Terengganu) Kampus Bukit Besi mula beroperasi pada 10 Julai 2013 yang merupakan perpustakaan cawangan ke-2 bagi UiTM (Terengganu).

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Bukit Besi diketuai oleh seorang Pustakawan dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Perpustakaan. Keahlian dibuka kepada semua staf, pensyarah dan pelajar UiTM Kampus Bukit Besi yang mendaftar dengan melengkapkan borang yang telah disediakan di perpustakaan.

 

 

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan keberkesanan penggunaan sumber-sumber(manusia, peralatan, sistem, koleksi dan ruang).
  • Membentuk staf perpustakaan yang berintegriti dan berakauntabiliti serta mempunyai jati diri dan mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha menjadikan staf perpustakaan berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, mempunyai pelbagai kemahiran, beretika tinggi, proaktif dan semangat berpasukan melalui latihan pendidikan yang berterusan serta peningkatan dalam kerjaya.
  • Menjadikan Perpustakaan UiTM Terengganu cemerlang dari aspek kepelbagaian sumber ilmu yang terkini dan komprehensif, perkhidmatan dan kemudahan ICT yang mantap melalui penambahbaikan proses kerja dan keberkesanan kos.
  • Menjadikan perpustakaan UiTM Terengganu sebagai pusat maklumat cemerlang dari aspek perkhidmatan pelanggan.

 

PIAGAM PELANGGAN
  • Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna bagi setiap permohonan warga UiTM 
  • Pinjaman dan Pemulangan  buku dapat  dilakukan dalam masa 5 saat.
  • Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam masa 2minit.
  • Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan daripada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja (Unit Pembangunan Sumber Ilmu).

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal Perpustakaan Cendekiawan UiTM (Terengganu).