Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


YBhg. Dr./Tuan/Puan/Cik

 

Merujuk perkara di atas, UiTM Cawangan Terengganu telah tersenarai bersama 6 buah Universiti Awam (UA) yang lain dalam menyertai pertandingan Program E-Waste Alam Alliance Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pertandingan tersebut mengambil kira bilangan terbanyak barangan E-Waste yang dapat dikumpulkan oleh setiap institusi.

2.    Untuk makluman pihak warga UiTMCT, E-Waste adalah singkatan bagi Electronic Waste yang  merujuk kepada barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak/sudah usang. Antara barang-barang yang dikategorikan sebagai E-Waste dan boleh dikumpulkan contohnya seperti berikut:

 

  • Notebook/ Laptop
  • Set Komputer Desktop
  • Projektor
  • Mesin basuh
  • Peti sejuk
  • Telefon
  • Mesin pencetak
  • Televisyen
  • Penghawa dingin (air-cond)
  • Kamera
  • Barang-barang elektrik (pemanas air, pengisar dan lain-lain)
  • dan banyak lagi barang-barang elektrik/elektronik

 

 

Untuk rujukan sila layari: http://www.doe.gov.my/household-ewaste/

 

 

 

3.    Sehubungan dengan itu, warga UiTMCT Kampus Dungun, Kampus Kuala Terengganu dan Kampus Bukit Besi bergabung untuk turut terlibat dalam usaha ini. Bagi menyokong projek ini semua staf dan siswa siswi UiTMCT Kampus Bukit Besi yang ingin menyumbang barangan elektrik dan elektronik terpakai bolehlah menghantar dan mengumpul barangan E-Waste tersebut seperti dibutiran berikut:

 

Tarikh : 4 - 11 Oktober 2017 (Setiap hari)

Masa  : 9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat :

a) Rumah 5S (Stor Pengumpulan Sampah) Bangunan Ilmuan

b) Rumah 5S (Stor Pengumpulan Sampah) Kafeteria

                       

Sekiranya pihak warga UiTMCT Kampus Bukit Besi mengalami kesulitan untuk membawa barang-barang E-Waste seperti peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain, Dr./Tuan/Puan/Cik bolehlah menghantar emel kepada saya di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau telefon di 019-3362302 atau menghubungi wakil MPP bagi siswa siswi dengan menyertakan maklumat seperti nama/nombor telefon/jenis barang E-Waste/alamat sebelum atau pada 8 Oktober 2017 (Ahad).

 

5.    Bagi menghargai sokongan dan sumbangan warga UiTMCT Kampus Bukit Besi, pihak kami akan memberikan surat penghargaan kepada penyumbang terbanyak E-WASTE.

 

6.    Justeru, kami dengan besar hati ingin menjemput warga UiTMCT Kampus Bukit Besi untuk sama-sama menyokong dan menyertai PROJEK PERTANDINGAN PROGRAM E-WASTE UNIVERSITI AWAM 2017 bagi mengumpul sebanyak mungkin peralatan elektrik/elektronik. Segala kerjasama dari warga UiTMCT Kampus Bukit Besi kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Moga kejayaan menjadi milik UiTMCT dalam pertandingan ini.

 

 

Sekian, Terima kasih.

 

 

 


HELMISYAH BIN AHMAD JALALUDIN

Head, Unit of Corporate Communications 
Universiti Teknologi MARA 
CawanganTerengganu Kampus Bukit Besi,
23200 Dungun,
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA.