Program E-Waste Alam Alliance Mendapat Sambutan Menggalakkan

 

Program E-Waste Alam Alliance, sebuah program anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Shan Poornam Sdn Bhd (Pulau Pinang) telah berlangsung bermula sekitar 16 September hingga 16 Oktober yang melibatkan pertandingan enam penjuru Universiti Awam (UA) di sekitar Terengganu seperti UiTMCT, Politeknik Dungun, Politeknik KT, UMT, UniSZA, dan Kolej Komuniti KT. Pengumpulan barangan elektrik-elektronik terpakai menjadi taruhan setiap UA yang mana terbanyak akan diisytihar pemenang.