Program Ikrar Bebas Rasuah

 

"Kami berikrar akan menolak rasuah...," itulah yang dilafazkan oleh hampir 100 orang kakitangan akademik dan bukan akademik termasuk Naib Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar di Dewan Perak, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi pada pagi 23 November 2017 tadi. Lafaz dan tandatangan oleh setiap kakitangan pada program 'Ikrar Bebas Rasuah' itu telah diadakan di hadapan Penolong Rektor dan tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Penolong Pesuruhjaya Zainal Bin Ayop Timbalan Pengarah SPRM Terengganu. Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan pendaftaran Sahabat Gerah.

 

Sekitar Program Ikrar Bebas Rasuah

 

 

Ucapan Timbalan Pengarah SPRM Negeri Terengganu